icon_sirih3b.jpg (21912 bytes)

logo.jpg (61012 bytes)

© 1999 Hak Cipta Terpelihara
Edisi 2001
Perpustakaan Negara Malaysia

sp-ketur.htm


ani_sirih.gif (88811 bytes)ani_sirih.gif (88811 bytes)
PURPLE.BAR.gif (7634 bytes)
arch.jpg (1737 bytes)

tit-ketur.jpg (11615 bytes)

Ketur atau dikenali sebagai tempat berludah.  Bagi para pensirih merupakan perlu menjaga kebersihan, kerana sepah dan ludah yang diluahkan hasil dari proses bersirih adunan daun sirih, kapur, gambir dan pinang akan bertukar kepada warna merah pekat dan kotor.

ketur1.jpg (15764 bytes)
                Ketur

Ketur berbentuk seperti labu sayung, dengan bahagian mulutnya agak lebar mengepak berkeluk-keluk atau bulat seperti pinggan makan yang mongkom dan berpundi dibahagian perutnya serta mempunyai kaki yang separuh bulat.  Ada kalanya bekas tin, atau apa jua bekas yang serupa boleh digunakan. Diperbuat daripada ayan (zink atau timah sari) yang boleh didapati dari kedai-kedai menjual ayan. Dalam budaya makan sirih ketur lebih terkenal diperbuat daripada tembaga.

Ia lebih sesuai dengan bentuk fizikalnya yang mempunyai ketinggian diantara 20sm. hingga 25sm. serta berat. Dengan yang demikian tidak mudah tergolek. Jika ianya terjadi sisa sepah di dalamnya tidak mudah tumpah ke atas lantai, disebabkan mempunyai kepak yang lebar dibahagian mulutnya dan ciri-ciri bahagian perutnya yang kembung.

Reka bentuk ketur yang sedemikian adalah memudahkan ketika berludah, biasan sepah yang disemburkan kedalamnya tidak mudah tersepah keluar dan percikan kemuka ketika meludah.

Ianya akan digunakan khas apabila bersirih di rumah sahaja dan tidak sesuai apabila bersirih ketika berpergian.  Para pensirih akan membersihkannya setiap hari bagi mengelakkan dari berbau busuk.

ketur2.jpg (7434 bytes)

ketur3.jpg (7834 bytes)

ketur4.jpg (7950 bytes)

Ketur Tembaga Ketur Tembaga Ketur Tembaga

 

sebelum.gif (1470 bytes)

atas.gif (1378 bytes)

berikut.gif (1442 bytes)

| Menu Utama | Sekapur Sirih | Asal Usul | Penggunaan | Dongeng |
| Tepak Sirih |
Pengertian | Bekas Sirih | Cembul | Kacip | Gobek | Ketur | Celepa |
| Bujam Epok | Sirih | Sirih Junjung | Pinang | Gambir | Tembakau |
| Bunga Cengkih | Kapur | Gurindam | Penyelidik | Bibliografi |
| Galeri Foto | Agensi | Pautan | Warkah Titipan | Cetusan Rasa |