icon_sirih3b.jpg (21912 bytes)

logo.jpg (61012 bytes)

© 1999 Hak Cipta Terpelihara
Edisi 2001
Perpustakaan Negara Malaysia

sp-bujamepok.htm


ani_sirih.gif (88811 bytes)ani_sirih.gif (88811 bytes)
PURPLE.BAR.gif (7634 bytes)
arch.jpg (1737 bytes)

tit-bujamepok.jpg (13721 bytes)

Sejenis tas tangan atau kantong yang diperbuat daripada kain tebal yang ditenun serta disulam dengan berbagai corak, mengikut citrarasa penenun. Ada juga yang ditekat dengan labuci atau sulaman benang emas, perak dan berukuran antara 20sm. hingga 25sm. persegi. Dibahagian mulutnya terdapat lebihan kain, memudahkan untuk dilipat mengepit bahagian permukaan mulut.  Sekeping kain kecil panjang dijadikan sebagai seutas tali sebagai pengikatnya atau pengunci, agar barangan yang terdapat di dalamnya tidak mudah terjatuh keluar.

Dibahagian bucu kiri dan kanan sebelah bawahnya dibuatkan rambu-rambu kain yang berwarna-warni, menjadikan lebih berseri lagi.

Bagi masyarakat Melayu keturunan Minangkabau di Negeri Sembilan, Bujam Epok memainkan peranan utama, ianya akan diisikan dengan piak-piak sirih atau tembakau. Apabila ingin mengundang seseorang atau keluarga ke sesuatu majlis, seperti majlis perkahwinan, majlis adat dan majlis-majlis yang lain juga. Tetapi kini bagi masyarakat Minangkabau adat membawa bujam epok sudah menjadi adat yang tidak lagi diamalkan.

g.bujamepok1.jpg (215426 bytes)

            Bujam Epok

Seulas piak sirih akan dihulurkan kepada seseorang sambil menyatakan hasrat undangan tersebut. Bujam epok juga akan disandang oleh tuan rumah atau orang kanan di majlis perkahwinan bertujuan membahagi-bahagikan piak sirih kepada para tetamu undangan dan juga dijadikan untuk menempatkan sumbangan yang berupa wang ringgit yang diterima dari para jemputan.

 

sebelum.gif (1470 bytes)

atas.gif (1378 bytes)

berikut.gif (1442 bytes)

| Menu Utama | Sekapur Sirih | Asal Usul | Penggunaan | Dongeng |
| Tepak Sirih |
Pengertian | Bekas Sirih | Cembul | Kacip | Gobek | Ketur | Celepa |
| Bujam Epok | Sirih | Sirih Junjung | Pinang | Gambir | Tembakau |
| Bunga Cengkih | Kapur | Gurindam | Penyelidik | Bibliografi |
| Galeri Foto | Agensi | Pautan | Warkah Titipan | Cetusan Rasa |